Sabtu, 19 November 2011

Birthday Mama

HAPPY BIRTHDAY MAMA....
Tanggal 15.11 baru2 ni,
hari lahir mama za yang ke 48.
Tapi za belum sambut lagi kerana masa tidak mengizinkan.
Namun begitu za sentiasa berdoa agar mama sentiasa sihat,panjang
umur,murah rezeki dan sentiasa dlm keredhaan Allah s.w.t.
Insyaallah setelah adik bongsu za balik dr mrsm dan habis exam spm nanti,za
akan sambut birthday mama.
Tapi adik za allyn nak sambut birthday mama dulu,
katanya saje buat.Jadi dia mintak za buat 2 biji kek untuk mama
pada mulanya za nak buat besar,tapi almaklumlah za sesgt sibuk,
kebetulan order berlmbak.So sebiji aje lah..
Tak pe...nanti kita buat kek besar utk mama...


Kek Birthday
perasa vanila

Order

Salam Khabare...
Order kali ni dari kak T utk anaknya di Terengganu.
Kak T telah menempah 2 biji kek lumut dan 100 biji
cheese tart blubery..
Dah lama za tak buat tart ni. kurang sedikit permintaan untuk tart ni..
tapi klu kek lumut,memang laris.Ramai yang suka akan rasanya.
Apa tak nya,semua bahan2 nya mahal belaka.
Kukus pun lama.
Jom kita tengok..


 100 pcs Cheese Tart Blubery
2 biji Kek Lumut Kukus dan bakar.
1biji-1.5kg

TQVM Kak T..Mudahan kak T berpuas hati.

Kelas Bersama Roshidah DKU

Assalamualaikum.,
Petang sabtu ni rasa penat sgt..kemas rumah tak habis2.
Bila anak-anak dah mula cuti,ape lagi....haru biru rumah dibuatnya.
apapun hari ni za nak cerita pengalam za belajar membuat donat.
Nun jauh...diseberang laut...JOMBANG,SURABAYA.INDONESIA.
Baru2 ni za balik kg hubby kat sane,so masa yang ada selama 13 hari
za dah setkan jadual nak belajar,tetapi banyak list yang za dah aturkan,hanya
kelas donat je yang berjaya za ikut..Bukan ape..anak2 dan hubby 
dilanda demam berpanjangan.lagipun cuaca kat sana tak mengizinkan..
hujan sokmo.mengalahkanhujan kat sini...huhuhuhu....
apapun za bersyukur sekurangnya za pulang dgn sedikit ilmu dan 
pengalaman.Jom kita tengok.......

Klu nak tahu Yang kecik,comel tu lah Ibu Roshidah.
Dia lah pemilik Roshberry dan DKU
yang amat terkenal di indonesia,Sering muncul TV dan koran
Indonesia.
 sewaktu menggoreng Donat

 Menghias Donat
 Tgk,ibu roshidah menunjukkan caranya..
 ketar2 jgk pada mulanya...

 Kenangan Bersama
Alhamdulillah za puas hati sgt belajar dgn Dku,
pemilik serta staffnya memberi layanan yang amat baik
sepanjang za berada di premisnya.Dari awal hingga akhir za diajar 
dan segala hasil sebanyak 60pcs donat za bawak balik...
waktu itu za terkejut,10 kotak donat nak dibawa balik...
bawak dgn motor lagi,hujan plk tu...
tapi alhamdulillah rezeki untuk keluarga serta sanak saudara za kat rumah..
sewaktu za sedang belajar donat,tiba2 dikejutkan dgn kedatangan
wartawan yang ambil gambar dan berita terkini tentang DKU Donat...
baru za tahu yang DKU rupanya memang sering muncul dikaca TV
Indonesia..terasa Bangga dapat belajar dgn org terkenal ni..
tapi memang donatnya itu SEDAP,MARVELESSSS...
klu selama ini za puji dgn donat keluaran amerika,tapi kali ni
saya memang puji donat DKU...
Donat baru selesai di goreng



Inilah antara donut buatan saya yang sempat saya ambik
ketika belajar..
Insyaalllah,jika diizinkan saya nak ketengahkan donat
ini disini,dan za nak berjaya mcm ibu Roshidah...
Tunggulah kemunculan Donat terkini nanti...
kini masih dlm rangka pecubaaan sebelum za buka pengambilan 
utk tempahan ,agar nanti donatnya berkualiti...
maklumlah anak2 baru belajar...

 Inilah cebisan berita yang terpapar di Koran Indonesia
JAWA POS, halaman RADAR MOJERKERTO
sekadar kenangan....

Rabu, 16 November 2011

karamel Marble

Ini order dari kak Ila Balok perdana.
moga kak ila puas hati..
dah 2 kali kak ila order kek ini..
katanya familynye suka sgt..

Karamel Marble
loyang 9x9

Kuih Muih

Salam kembali,wow lama tak update.
ini hang nak habaq,baru2 ni kawan haku ni tiba2 je request kuih bakar
katanya nak bawak balik umah mertua,buat makan2 sikit.
mak mertuanye memang gemar kuih bakar.
jadi dia minta haku buat kan..
so ini lah rupanya..
mudahan kak yus puas hati..

Kuih Bakar

Rabu, 26 Oktober 2011

Kek Lumut

 Alhamdulillah Sekali lagi Lin Dari Cgal Lempung order Kek Lumut.
"kata lin kek ni memang sedap dan tak puas makan."
 Mana tidaknya semua bahan2 nya yang mahai-mahai dik ooooiiiiiii
 Kek ni telah ku olah dan tolak tambah dari asalnya..


Ini lah rupa  KEK LUMUT
Mengguna kaedah kukus  selama 1 jam
&
Bakar selama 15 minit

Chocolate Moist lagi..

Alhamdulillah,Syukur ku pada Ilahi atas kurnia dan  limpahan rezeki padaku.
Pada Jumaat baru2 ni,jam 6 ptg,ni aku dikejutkan dengan panggilan telefon dari Lin Cngal lempung yang telah meminta aku menyiapkan kek Chocolate moist 8 biji dan 1 kek lumut.Lin meminta untuk menulis nama sahaja disetiap atas kek,"kata lin buat gitu2 je.."aku terkedu mendengarnya kerana lin memang klu order mesti saat akhir...Kata lin semuanya akan dia ambil jam 5.30 pagi sabtu..keesokan paginya..FUYOOOOOO...
Alhamdulillah,nasib aku masih ada stok....lalu ku terus masuk dapur dan bermulah kerjaku pada hari itu...Over time.....
ini lah hasilnya,,,,......

8 Biji Choclate Moist










 TQVM Lin..
Terima kasih atas dorongan dan semangat yang diberi amat bermakna
dan bernilai buat akak yang baru je merangkak dlm bidang ni..

Kuih Muih

Order Dari Kak Mai Beserah

30 biji Apam Mekar
50 biji Krim puff
30 biji Apam Kaya Pandan

Terima kasih Kak Mai..

Tempahan

Order ini dari adik Miey Semambu.Melalui sms adik miey telah order 1 biji Chocolate moist 1kg dan 100 biji apam polkadot.Adik miey telah meminta agar kek dibuat tanpa telur kerana anaknya elergi telur..
Alhamdulillah inilah hasilnye... 


  Chocolate moist 1kg
tanpa telur

100 biji apam polkadot

THANK YOU

Apam Mekar

Kali Ni aku nak kongsi dengan kengkawan resepi apam mekar,warna warni memang
SODAP...MARVELES....
jom kita tengok

 Resepi aku dapat dari Saudara suamiku dari kampung di idonesia..
Yup kita cuba...
 Namun telah diubah sedikit agar hasilnya Mantap...
Bahan-bahannya:-
1)  500 g Tepung Gandum/Superfine
2)  450 g Gula
3)  400 ml air bias@air soda(Sprite)
4)  4 biji Telur
5)  2 sudu kecil serbuk penaik
6)  2 sudu kecil Ovalete
7)  2 sudu Besar susu pekat
8)  1 sudu kecil Esen Rose
9)  Pewarna(mengikut citarasa)
10) Secubit garam

Cara-caranya:-

1)  Satukan kesemua bahan kecuali pewarna didalam bekas,kemudian putar pada
     kelajuan tinggi selama 5 mini.
2)  Setelah semuanya kembang dan sebati,bahagiakan kepada 3 bahagian.
3)  Letakkan pewarna.Kacau sebati
4)  Masukkan kedalam piping beg atau sendukkan sahaja adunan tadi kedalam
     cawan kertas yang telah diisi kedalam acuan muffin alumunium atau mengikut
     kreativiti anda..ini adalah untuk memudahkan ketika mengukus..
5)  Picitkan 1 adunan bewarna dahulu sehingga 3/4 cawan.kemudian letakkan sedikit adunan warna    
     berikutnya dipermukaan atas.
6)  susun kedalam loyang dan kukus selama 10 minit sehingga apam itu kembang dan merekah diatas
  
*Kukusan mestilah dipanaskan terlebih dahulu sebelum mengukus..
*Penggunaan air Sprite adalah bertujuan melembutkan lagi apam.
*Bekas /Cawan alumunium digunakan supaya cawan kertas tidak akan lembik ketika kukus
  dan ini mendapatkan bentuk apam yang cantik...

SELAMAT MENCUBA
INSYAALLAH ANDA AKAN MENDAPAT HASIL YANG BAIK DAN SEDAP

Kek Birthday

Assalamualikum..
Alhamdulillah,kali ni kita aku buka lagi tirai rumah ku ni sekadar
menjamu kengkawan dengan warna2 tempahan yang aku buat dari dapur kecilku yang tak seberapa.Alhamdulillah dari sekadar hobi akhirnya ianya menjadi 1 punca duit tabungan ku.

Kali ni order ini datangnya dari Kak Ma jiran selorong tamanku..
 Kak ma nak kan tema padang bola khas buat puteranya
Klu bab padang bola,,,,,...memang menjadi kegemaranku..
hehehehhehehehe.....
Jom kita tengok.....

 Kek Span Pandan
2kg


******THANK YOU*****
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...