Rabu, 26 Oktober 2011

Apam Mekar

Kali Ni aku nak kongsi dengan kengkawan resepi apam mekar,warna warni memang
SODAP...MARVELES....
jom kita tengok

 Resepi aku dapat dari Saudara suamiku dari kampung di idonesia..
Yup kita cuba...
 Namun telah diubah sedikit agar hasilnya Mantap...
Bahan-bahannya:-
1)  500 g Tepung Gandum/Superfine
2)  450 g Gula
3)  400 ml air bias@air soda(Sprite)
4)  4 biji Telur
5)  2 sudu kecil serbuk penaik
6)  2 sudu kecil Ovalete
7)  2 sudu Besar susu pekat
8)  1 sudu kecil Esen Rose
9)  Pewarna(mengikut citarasa)
10) Secubit garam

Cara-caranya:-

1)  Satukan kesemua bahan kecuali pewarna didalam bekas,kemudian putar pada
     kelajuan tinggi selama 5 mini.
2)  Setelah semuanya kembang dan sebati,bahagiakan kepada 3 bahagian.
3)  Letakkan pewarna.Kacau sebati
4)  Masukkan kedalam piping beg atau sendukkan sahaja adunan tadi kedalam
     cawan kertas yang telah diisi kedalam acuan muffin alumunium atau mengikut
     kreativiti anda..ini adalah untuk memudahkan ketika mengukus..
5)  Picitkan 1 adunan bewarna dahulu sehingga 3/4 cawan.kemudian letakkan sedikit adunan warna    
     berikutnya dipermukaan atas.
6)  susun kedalam loyang dan kukus selama 10 minit sehingga apam itu kembang dan merekah diatas
  
*Kukusan mestilah dipanaskan terlebih dahulu sebelum mengukus..
*Penggunaan air Sprite adalah bertujuan melembutkan lagi apam.
*Bekas /Cawan alumunium digunakan supaya cawan kertas tidak akan lembik ketika kukus
  dan ini mendapatkan bentuk apam yang cantik...

SELAMAT MENCUBA
INSYAALLAH ANDA AKAN MENDAPAT HASIL YANG BAIK DAN SEDAP
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...