Selasa, 23 April 2013

KEK BIRTHDAY YAB MENTERI BESAR PAHANG

Alhamdulillah,
baru2 ni Aliza diberi kepercayaan sekali lagi menyediakan kek Hari lahir khas untuk Yang Amat Berhormat datuk Seri Amar Diraja Haji Adnan Bin yaakub Menteri Besar Pahang. Dalam Masa 3 hari diberikan aliza pun menyediakan kelengkapan apa yang patut.dari awal menempah edible image sehinggalah menyiapkan sebiji kek size 20"x20" yang dimana setelah siap deko berat 6.4kg kerana kek buter dengan butercream.
Namun hati mula gundah gulana apabila tulisan yang nak di tulis pada kek tu teramatnya panjang. Aliza ni tulisan tak cantik,mulahlah buntu memikir..banyak aliza menerima dan meminta pandangan dari rakan2 seperjuangan sifu2 bakers..Akhirnya kata putus..aliza pun beranikan diri menulis pada kek..Alhamdulillah...semua lancar dan akhirnya siap jgak kek ni dan selamat diserahkan  pada jam 9.50am..18.4.2013.
Terima kasih juga kepada rakan aliza che mai,kak aisyah yg memberi pandangan dan sokongan pada aliza.




Terima kasih juga buat Yang Amat Mulia Tengku Puteri Seri Lela Manja Pahang kerana telah 3 kali memberi kepercayaan kpd aliza.Moga Tengku berpuasa hati.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...